Mimpi Kamar Merah


Mimpi Kamar Merah  (Cina Tradisional: 紅樓夢; Cina Mudah: 红楼梦; pinyin: Hónglóu mèng), juga dikenali sebagai Mimpi Rumah Agam Merah, Cerita tentang Batu, atau Babad tentang Batu (Cina Tradisional: 石頭記; Cina Mudah: 石头记; pinyin: Shítóu jì) ialah salah satu daripada Empat Novel Klasik Agung dalam kesusasteraan Cina. Antara mahakarya-mahakarya ini, Mimpi Kamar Merah seringnya dianggap sebagai puncak fiksyen klasik Cina. Novel itu telah diterjemahkan ke dalam 20 buah bahasa, baik dalam versi ringkas, seperti bahasa Jerman, Itali, Greek dan Hungary, atau dalam versi lengkap, seperti bahasa Jepun, Korea, Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Rusia.Ditulis pada pertengahan abad ke-18 semasa Dinasti Qing, pengarangnya dikatakan Cáo Xuěqín (Cao Zhan). Ketulenan 40 bab terakhir dalam novel itu telah dipersoalkan. Cao Xueqin menulis 80 buah bab yang pertama, tetapi meninggal dunia sebelum 40 buah bab yang terakhir dapat disiapkan. Penerbitnya kemudian menyiapkan novel itu melalui penyemakan ke atas apa yang dituntut sebagai draf teks Cao Xueqin yang lebih awal.Terdapat dua buah kawah di asteroid 433 Eros yang dinamai sempena Jia Baoyu dan Lin Daiyu, watak utama novel ini.